Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...
Biro sukan Infinite - Sportnista menganjurkan perlawanan basketball antara sister Infinite. Berikut merupakan report yang disediakan oleh biro sukan Infinite. Enjoy~
Salam alaik guys.
Hah! Ni nak cerita ni. Baru-baru ni, biro
sukan Infinite atau nama glamornya Sportinista telah menganjurkan INBAT antara sisters
Infinite yang solehah lagi berotot (bak
kata assistant biro sukan). Bagi siapa-siapa yang tak tahu apa tu INBAT, mari
saya bagitahu.
INBAT adalah singkatan untuk Infinite Basketball
Tournament yang diadakan khas untuk sisters batch kami bagi megeratkan lagi
ukhuwah yang telah sedia terbina antara kami. Ceh!!! Skemanya ayat.
Memang seronok dan kelakar la sisters semua
masa main. Macam-macam gaya dan teknik yang kau orang tunjukkan. Ada yang
tunjuk gaya pusing stereng,ada jugak yang tak payah lompat pun terus dapat
bola. Ada yang luka dekat lutut sebab jatuh semasa berebutkan bola (kepada yang
luka kami doakan supaya cepat sembuh). Masyaallah, memang ukhuwah antara kami
sangat terbina semasa bermain.
Semangat kesukanan dan setia pasukan juga boleh
diihat melalui aksi-aksi kami yang bersorak sekuat hati untuk memberikan
semangat kepada pasukan sendiri (maklumlah masa tu mahallah berdekatan kosong
dan brothers pun tak ada dekat situ,seronok la kami berteriak sekuat hati).
Kami dibahagikan
kepada empat kumpulan.
Kumpulan pertama:
Merah
Kumpulan kedua:
Ungu
Kumpulanketiga:
Hijau
Kumpulan keempat:
Hitam
Tapi apa-apa pun kau orang memang power la
walaupun tak pernah-pernah main basketball sebelum ini. Bukan setakat tak pernah
main,sentuh bola pun tidak.
Melalui games ni,banyak jugak bakat yang
terpendam yang dapat dikesan. Tunggu masa nak digilap saja bakat tu. Boleh la
lepas ni tunjukkan bakat semasa Interbatch nanti.
Infinite BOLEH!!!
Tetiba je. Hmm… mesti kau orang nak tahu siapa
pemenang INBAT ni kan?
Jeng…Jeng…
The winner is RED!!!
Congrats guys. Tepuk sikit semua. Kita orang
jugak ada best player untuk INBAT ni. Cuba kau orang teka siapa?
Pemain terbaik ada dua orang, iaitu
Mardhiah Abidah dan Zawin Najah. Kalau Zawin, kita orang tak nak komen
lebih-lebih. Memang terang lagi bersuluh. Dia tinggi. Tak heran la pemain terbaik.
Wuuu…mantop la. Tahniah sekali lagi
Kepada pemenag kita ada hadiahnya. Nak tahu
apa hadiahnya? Cuba scroll dekat bawah.
![]() |
Hadiah istimewa dari kami |
Akhir sekali, nak ucapkan tahniah dan
jutaan terima kasih kepada Sportnista sekalian yang telah bersusah payah
menganjurkan INBAT ni.
![]() |
Final match: Merah vs. Ungu |
Alhamdulillah,dah berotot dah sikit kita orang.
Harapnya, lepas ni ada lagi program-program yang seumpama ini. Biar berpeluh sikit
sisters Infinite ni.
Maklumlah,sisters ni liat sikit nak bersukan,fitrah
katanya. Lagipun kita orang rajin study kut. Badan pun sihat,ukhuwwah pun mantop. Mohon brothers jangan dengki sangat :p.
Untuk penutup saya nak bagi lirik lagu
untuk dihayati:
Bersukan sihatkan badan,
Berakhlak sihatkan iman.
Yang menang merendah diri,
Yang kalah usaha lagi.
#Sportnista
~ Terima Kasih ~
No comments:
Post a Comment