Pages

Tuesday, 7 October 2014

Tooth Carving - Pemanent Maxillary Central Incisor

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Memandangkan admin kali ni kurang mahir dalam bahasa english, serta untuk mengelakkan kecelaruan dan salah faham antara pengikut setia blog kami. Admin mengambil keputusan untuk buat entri dalam bahasa melayu. Jadi harapnya tidak menjadi isu antara para pembaca sekalian.

Okey. Kembali kepada topik asal. Entri kali ini berkisar tentang 'tooth carving" menggunakan "wax" atau lilin yang disediakan oleh pihak universiti. "Wax" seperti dalam gambar di bawah.

 Wax              


Gigi akan diukir dengan lilin berbentuk segi empat menggunakan "Lecron".

 
Lecron

Gigi yang diukir hendaklah mengikut sample yang diberikan,sama ada dari segi saiz ataupun bentuknya. Jadi, menjadi satu kelebihan kepada sesiapa yang pandai mengukir apabila menjadi budak "dentistry".

         
    
Sebelum memulakan kerja mengukir. Kami dibekalkan dengan dua set sample gigi seperti gambar di bawah (maaf Muslim, gambar kamu sangat cantik dan sesuai untuk ditayangkan di sini. XD)
                                                         
             

Satu set gigi "permanent" yang menpunyai 32 batang gigi dan "deciduos dentition" atau set gigi susu yang terdiri daripada 20 batang gigi.

Yang bagusnya tentang set gigi ini adalah kami akan didenda dengan bayaran sebanyak RM400 untuk setiap set gigi seandainya kami rosakkan atau hilangkannya dengan sengaja dan tidak sengaja.

Harga untuk setiap set gigi ini sangat mahal. Jadi, penjagaan yang cukup rapi amat diperlukan.



Semasa kelas mengukir yang pertama. Kami diarahkan untuk mengukir gigi depan atau nama saintifiknya "Maxillary Central Incisor Teeth". Seperti gambar dibawah.

Carian Google




Sebelum memulakan proses mengukir juga. Dr. Widya dan Dr. Bo Bo Ko menunjukkan cara-cara mengukir yang betul dan mudah.




Proses mengukir akan menjadi lancar dan mudah bagi yang memberi tumpuan semasa Dr. Widya sedang memberi tunjuk ajar cara-cara mengukir gigi yang betul.


Contoh "wax" yang telah diukir.

Kami diberi masa selama dua minggu untuk menyiapkan ukiran gigi kami. Sekarang kebanyakan dari kami sedang megerah tenaga untuk menyiapakan ukiran tersebut.

Setakat ini saja post kami untuk kali ini. Semoga ia mampu membantu anda untuk mendapat gambaran awal tentang dunia "dentistry" dan juga semoga perjalan kami sebagai "dental student" dirahmati Allah.



Jangan lupa juga untuk"follow" instagram kami.

Instagram: INFINITE_THE_EIGHTH



Serta "add" kami di Facebook.

Facebook: Generasi Lapan


~ Terima Kasih ~










No comments:

Post a Comment