Pages

Monday, 29 December 2014

PERINGATAN YANG TIDAK BERBUNYI!!!


Assalamualaikum...

Mendengarkan tajuk untuk entri kali ini sudah cukup untuk membuatkan bulu roma ini berdiri tegak dan cukup mudah juga untuk kita mengagak ianya berkisar tentang apa. 

Bagi memastikan persoalan yang bermain di kepala. Jom kita baca apa yang penulis kali ini ingin sampaikan.

Pagi itu..

“Jangan lupa ye, petang ini, tepat jam 2.30 petang di hadapan muzium Kuliyah Perubatan. Kita akan tengok mayat petang ni. “ Kata Dr Hamoud kegirangan dibalas dengan respon yang pelbagai dari kami.

Ada yang seronok, tidak sabar hendak melihat dan memegang mayat tersebut, tidak kurang juga ada yang ketakutan, geli dan sebagainya. Saat ini memang merupakan antara saat-saat yang ditunggu oleh kami pelajar pergigian tahun 1.

“Tengok mayat betul kowt, sape tak excited? ” kata seorang sahabat.




Jam 2.20 petang lagi kelihatan sudah ramai antara kami yang memenuhi ruangan hadapan muzium kuliyah perubatan. Sisters semuanya sudah bersedia memakai lab coat dan brothers seperti biasa, baru terkial-kial mengambil lab coat dan peralatan lain dalam beg. Aku tersenyum, perbezaan ini ketara namun ia bukan satu kelemahan. Ianya satu keunikan yang perlu dihormati dan diraikan. Lengkap dengan lab coat, gloves dan masks, kelihatan setiap dari kami saling tak tumpah seperti doktor gigi yang professional.



Masuk Ke Bilik Mayat..

Sejurus sahaja kami melangkah ke dalam bilik tersebut, kelihatan dua mayat terdampar di atas troli besi yang ditutup kemas oleh sebuah kain. Ada juga yang tidak sabar di antara kami menyelak kain tersebut. Geli hati melihat tingkah sahabat-sahabat ini. Semua berlagak tenang dan terus mengambil tempat untuk mendengar penerangan ringkas dari Dr Hamoud. Tiba, saat yang ditunggu-tunggu. Kami dibenarkan untuk memegang dan ‘menyelongkar’ segala apa yang ada pada mayat tersebut.

Subhanallah. Hebat sungguh ciptaan Allah.



Kelihatan jantung yang saiznya hanya lebih kurang sebesar penumbuk kita. Sangat kecil andai kata hendak dibandingkan dengan peranan yang dimainkannya dalam memastikan setiap sel dalam badan kita mendapat bekalan yang mencukupi tanpa penat lelah sepanjang kehidupan kita. Begitu juga dengan organ-organ lain seperti buah pinggang, perut dan hati. Pengalaman dapat melihat dan memegang organ-organ ini sedikit sebanyak menjetik hati kita untuk mengakui kehebatan Allah swt. Allahuakbar.

Di Akhir Kelas..

Ada di antara kami yang gatal tangan ingin melihat mayat yang baru, kerana mayat yang kami lihat itu usianya hampir sudah mencecah 20 tahun. Sudah hilang rupa manusianya, dan mungkin kerana itu kami begitu selesa merobek mayat tersebut. Akhirnya, doktor membenarkan kami memasuki bilik di mana mayat-mayat baru sedang diproses. 



Bau formalin yang tajam cukup untuk membuatkan mata kami berair dan rasa perit di tekak, namun kami puas. Terasa seperti dalam filem, cuma yang pastinya ini  bukan satu lakonan. Yang kami lihat itu mayat dan tidak mungkin ianya akan bangun kembali. Tidak kurang juga, ada yang berulang alik melihat mayat-mayat ini. 

Kagum mungkin.

Alhamdulillah kami diberi peluang seperti ini. Terasa semakin yakin bahawa jalan yang kami pilih ini terselit dalamnya seribu satu hikmah dan peringatan yang bermanfaat buat diri. Pernah ada yang berkata, andai kematian tidak mampu memberi peringatan, lebih baik kita jadi tuhan yang pastinya sentiasa hidup. Fikir-fikirkan.

Dr Hamoud


"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan);maka apabila datang tempohnya (kematian), tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan" 
Al-A'raf:34

~Saiful Mukmin~



No comments:

Post a Comment