Assalamualaikum...
Mendengarkan tajuk untuk entri kali ini sudah cukup untuk membuatkan bulu roma ini berdiri tegak dan cukup mudah juga untuk kita mengagak ianya berkisar tentang apa.
Bagi memastikan persoalan yang bermain di kepala. Jom kita baca apa yang penulis kali ini ingin sampaikan.
Pagi itu..
“Jangan lupa ye,
petang ini, tepat jam 2.30 petang di hadapan muzium Kuliyah Perubatan. Kita
akan tengok mayat petang ni. “ Kata Dr Hamoud kegirangan dibalas dengan respon yang
pelbagai dari kami.
Ada yang seronok,
tidak sabar hendak melihat dan memegang mayat tersebut, tidak kurang juga ada
yang ketakutan, geli dan sebagainya. Saat ini memang merupakan antara saat-saat
yang ditunggu oleh kami pelajar pergigian tahun 1.