Pages

Friday, 24 April 2015

Rahmatan Lil 'Alamin Camping

Assalamualaikum, walaupun episode Infinitors kali ni dah agak berhabuk. Aku relakan diri jugak tulis entri ni sebab ada yang tak mau tulis (*mohon terasa ~..~ ) . Aku diminta oleh ahli Medianator untuk tulis entri kali ini. Ok, back to our main topic.

Pada awal block 3, biro Sportinista (diwakili Iqbal,faiz, Ipang, Aber, wahid, Yana, Yani, Basy dan Yaya. *maaf yang tertinggal nama kau orang. Tak leh nak recall semua ) telah merancang satu aktiviti batch ke Pantai Balok Kuantan Pahang. Aktiviti ni dinamakan sempena nama bilik Aber,Wahid, Bibi dan Basy iaitu Rahmatan Lil 'Alamin Camping. Diadakan selama 2 hari 1 malam (dah gaya pakej pelancongan ) pergi awal pagi sabtu dan balik tengah hari ahad. So, tak 2 hari 1 malam sangat la.


Pantai Balok


Transport kami dengan bas kotak UIA (semua ni di'handle' oleh biro Sportinista ). Sampai sana dalam pukul 9 lebih sebab bertolak awal. Sampai sana kemas-kemas barang dan dirikan khemah masing-masing.






Lepas siap pasang khemah dan susun ikut port masing-masing. Aktiviti proceed dengan games explorace. Letih jiddan weyh main explorace ni. Dah la kena terkejar-kejar dari satu check point ke satu check point tu bapak jauh. Turun 1kg. 






Sister tak yah cakap la excited memanjang. Brothers rilex je jalan macam itik pulang petang dari satu check point ke check point yang lain. Setiap check point explorace tu aku suka sebab kat situ boleh nampak kerjasama antara kami nak menang. Bhahahaha.







Tapi satu check point ni aku suka. Part yang kena tutup mata lepas tu jalan-jalan tepi pantai dengan deruan ombak yang ganas sambil tu partner kita bacakan soalan. Lepas tu kena jawab ramai-ramai. Part tu aku suka sebab kekurangan kita ditampung oleh kelebihan rakan yang lain. Contoh kita tak dengar soalan tu. Tapi ada je kawan kita yang telinga lintah yang dengar. 





Macam tu jugak dengan hidup kita. Kita tak perfect, so kawan-kawan lah yang membantu kita untuk perfect di mata Allah. Kalau dalam belajar ada je yang kepala hotak macam Albert Einstein. Mereka ni lah yang kena bantu kawan-kawan yang lemah. Then, check point tu jugak mengajar aku betapa pemurahnya Allah bagi kita pinjam mata ni free je 24 jam sehari. Kalau manusia, tandas pon berkira kena bayar bagai. Pemurahnya Allah dengan nikmat mata. Alhamdulillah.



Lepas habis games tu, of course la kan makan dan kendiri. Lepas asar, sambung pulak dengan games. Eh! Cop...cop... lepas habis explorace tu. Kami sisters mandi pantai. :)

Lepas asar sambung pulak dengan games penyepit baju atau war yang kena cabut penyepit dekat pihak lawan tu. Brothers pulak dengan aktiviti mandi laut.

Ok malam kemungcak a.k.a campfire dimeriahkan dengan aktiviti bbq,makan kek coklat (kak Dayana yang buatkan) sebab malam tu kata Iyad malam birthday kita semua orang . :)) Malam tu jugak diserikan dengan acara penyampaian award dan tayangan video oleh Medianators dan WECO. Lepas habis majlis kami tidur. Dan ada je yang tak tidur sebab jadi burung hantu nak jaga kami. Terima kasih Mak Guard (Aber dan Wahid dan semua yang jadi burung hantu ^..^). Kami dah ZZzzzz...melayan mimpi ke bulan. 




Potong kek!!!!

MC majlis
campfire

Malam tu kami semua tidur berlantaikan pasir, berbumbungkan langit, bertemankan nyamuk dan berdodoikan deruan ombak yang damai free dari Allah. Pagi tu pulak kami disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik. Subhanallah. Lepas solat subuh terus boleh tengok. ^^




Bila cakap pasal alam ni teringat lagu Maher Zain , Open Your Eyes tu yang berkisar tentang lelaki yahudi dapat hidayah through the nature. Nak tahu lebih lanjut baca sendiri kisah tu. Tapi tak tahu sahih ke tidak cerita tu.



Pagi tu masing-masing buat aktivit sendiri sementara tunggu bas datang. 

Ada yang mandi laut lagi.
Ada yang menunjukkan bakat melukis

Ada yang bersenam erobik
senaman pagi

Ada yang main belon buih.
Ada yang terlebih tenaga dan panjat pokok (pic kredit to Iyad )



                                         Siap je kami mengemas dan bas pun dah datang. 
                                                                 Kami chaww...

                         ENJOY!!! Sekian dari Miss B (sebab penulis entri Futsol sebelum ni mengelarkan dirinya A). 


***Semua gambar kredit to photographer yang hebat lagi bergaya (mohon jangan kembang -..-).



No comments:

Post a Comment